Bila Hati Mula Berkisah

Friday 9 December 2011

Tips Mendidik Anak

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Friday 2 December 2011

Burger King Coupon:Supreme Angus Steakhouse for Only RM5


Burger King Coupon: Supreme Angus Steakhouse For Only RM5
Burger King Extra Beeflicious: Download & print-out the coupon above to enjoy Supreme Angus Steakhouse Burger for only RM5 !!

* Vouchers valid from 1st till 8th December 2011 (Whole Day Long)

Terms & Condtions:
  • Ala-carte burger only.
  • One coupon per redemption.
  • Promotion is valid while stock last.
  • Valid at all Burger King Peninsular Malaysia outlets except Burger King KLIA.
  • Promotion is not applicable with other Burger King promotion.
  • Not applicable for Burger King Delivery.
What are you waiting for ?

Wednesday 30 November 2011

Aku manjakan anak-anak?

Bila menyentuh hal berkenaan anak-anak.....ya, ia sangat terkesan di hati aku...

kerana isu anak, hubungan dalam keluarga jadi hancur..

kemanisan antara suami isteri terus hambar...malah hingga bercerai berai...

isu anak juga sering dikaitkan dengan DUIT a.k.a RM.......


Tapi, AKU.....adakah aku memanjakan anak-anak?
oh, tidak sesekali...aku tahu mungkin dari sudut pandangan suami aku, aku lebih memanjakan anak aku yang no 2 , SYAH sehingga jadi begitu keras hati dan kurang ajar..

Ya, aku menafikan aku memanjakan SYAH......but WHY? KENAPA? aku masih ada alasannya..


Pertamanya, mungkin kerana antara ketiga-tiganya, dia yg paling lama menyusu badan.
Keduanya, ketika aku mengandungkan Syah, macam2 yg terjadi pada aku......dan ketika aku keseorangan itulah dia begitu dekat dihati aku...wlupun pada waktu itu aku mmg tak mahu anak lelaki...sehinggalah dia lahir waktu itu TANPA kehadiran suami aku di sisi aku...aku sangat sedih....namun dia masih jadi kekuatan aku....menjadi penyebab jodoh aku masih panjang bersama suamiku.
Ketiganya, mungkin kerana apa yg dia lalui bersama aku sewaktu dr dlm rahim lagi menyebabkan dia begitu memahami aku...walaupun dia seorang anak yg keras hati, dan selalu menbangkitkan kemarahan suamiku dan aku...namun, dia satu-satunya anak not even suamiku yg mampu MEMUJUK dan menyejukkan hati aku waktu aku sdg marah ..sedih..sakit.
Dia satu-satunya manusia yg suka 'bermanja' dgn aku...memeluk, mencium aku...tak kira waktu.....menyejukkan hati aku...tanpa perlu aku MEMANJAKAN dia....

So, what he deserve?

People...please think with ur SATU akal...

not with your 99 NAFSU

TQ.

Friday 25 November 2011

Bengang

Beberapa hari yg bengang....

bengang lagi bertambah bengang...

hahahaha....

Tuesday 22 November 2011

Harimau Malaya "mengaum"

Tahniah diucapkan kepada skuad bawah 23tahun negara yg telah berjaya menggalas tanggungjawab dengan jayanya....utk membawa pulang ibu pingat emas dlm SEA games kali ini....gile sengal nak tercabut anak tekak hubby aku menjerit kat umah masa 1st goal tu...heheh..

Buat Khairul Fahmi Che Mat,....good job man...you're the febret keeper ever!!!

tak lupa juga utk jaringan penentu emas semalam...CONGRATULATION!!!!
Skuad Harimau Muda disambut Meriah

Monday 21 November 2011

Semifinal 1 Muzik-Muzik AJL26

Last Friday, 18th November telah berlangsungnya separuh akhir pertama Muzik-Muzik ke-26 (tahun 2011)

Overall performance was OK...dan banyak jugak la lagu feveret aku masuk bertanding.

Lagu Lagu yang dipertandingkan pada malam tersebut ialah :-

1. Babak Pertama (Drama)
2. Di Penghujungnya (Iqa Mentor)
3. Mata Hati (Nubhan)
4. Janji (Akim)
5. Kisah Hati (Alyah)
6. Kisah Dongeng (Stacy)
7. Gadis Semasa (Yuna)
8. Maaf Dari Hati (Sofazr)
9. Muda (Hujan)
10. Awan Nano (Hafiz)
11. Beribu Sesalan (Ning Baizura, Jaclyn Victor & Shila Amzah

Secara keseluruhannya, TOP 5 utk separuh pertama ini:-

1) Kisah Hati-Alyah
2) Mata Hati- Nubhan
3) Beribu Sesalan- 3 Suara
4) Awan Nano- Hafiz
5) Gadis Semasa- Yuna


Good job for ALYAH-KISAH HATI as a background song for this 'cute' blog.....

Saturday 19 November 2011

Perghh..

Today is saturday working day...

Malasnya sebenarnya nak keje..dah la arini firstday budak cuti sekolah...sian budak2 kena tinggal...aku tak sempat nak masak plak...

Tapi arini aku drive g keje dah terror sket...dah boleh sampai 100km sejam...heheh..bukit pun dah boleh maintain...perghh...but still, buat pe nak susah2 drive kan? sesekali weekend camni takpelah kan....kan, kan?